Thursday, April 24, 2014

Seoul - Day 4

Assalamualaikum semua. Bersungguh cuba cari masa nak habiskan entry Seoul tuan tanah ni. Hihi. Untuk pedoman orang lain & untuk diri sendiri dimasa akan datang katanya. Walaupun info tak seberapa kannn. Ok jom sambung untuk hari ke 4 tuan tanah & mimi di Seoul. 

Kami mula sekitar tengah hari. Ye memang kami banyak mula ditengah hari. Salahkan cuaca indah mereka. Salahkan!! Haha emo. Kami decide nak pergi Namsan Tower (also knows as N Seoul Tower) Ada juga yang suggest pergi nak dekat sunset kan. Mungkin ada yang pernah cuba? Boleh share pengalaman dengan tuan tanah. So berbekalkan information ihsan dari blog blog hebat kami berjaya sampai ke N Seoul Tower ni. Kamsahamnida =)

Yang tuan tanah tahu, kita boleh either naik cable car atau jalan kaki. Kalau jalan kaki tu jauh dan bertangga la. Tangga dia bukan jenis typical tangga kat subway station tu. Ni yang style lebar dan rendah rendah je tangga dia. So takla terasa sangat kot. 

Nak ke cable car station pulak ada few ways jugak. Boleh pilih nak naik shuttle bus yang disediakan disekitar Seoul. Sebagai contoh di Myeondong Station (Exit #3) Korang refer kat sini ye untuk info. Pilihla mana satu yang mudah untuk korang. Salah satu lagi cara yang macam kami buat kami ke cable car station menggunakan Namsan Oreumi. 

Namsan Oreumi is a free outdoor elevator that runs between the plaza in front of the Namsan Tunnel #3 Commemorative Plaza and the Namsan Cable Car. The elevator covers a distance of 140m and can accommodate up to 20 passengers. With glass on all sides, the Namsan Oreumi offers a unique and convenient way to get to the cable car station. For those who may have qualms about riding elevators, there is also a wooden staircase from the plaza up to the cable car station.

Ada idea? Ala dia macam lift tapi dia mendaki bukit. Kalau masih konpius meh tengok gambar kami ye. Mudah je. Cuma perlu ada effort sikit je. 



Nak ke Namsan Oreumi ni, kami turun kat Myeondong Station (Exit #4) jalan terus sampai jumpa intersection besar. Jangan konpius ek. Sebelum simpang besar ni ada gak simpang kecik. Belok ke kiri disimpang besar tu. Tak perlu lintas. Ok bermula detik tuan tanah & mimi tak bercakap sepatah pun kecuali nak ambil gambar. Sebab apa? Sebab berbukit nokk. Lotih lutut eden. Mengah mengalahkan baru balik lumba lari 100 meter. Tak biasa kan. Kalau yang dah biasa mungkin rasa small matter. Ni la extra effort tuan tanah katakan tu. Namsan Oreumi terletak yang tuan tanah ada letak arrow kat gambar mimi tu. Jangan risau tak lama pun tunggu. Dan ada kerusi disediakan bagi yang semput macam tuan tanah. Haha. 



Sekejap je naik yang benarnya. Tak sampai 5 minit pun. Tapi pengalaman tu mahal kot. Masa naik ni ada la 5 orang je dalam tu. Takla malu sangat nak ambil gambar. Padahal kita tourist kot. Nak malu apahal?? haha Tapi take note elevator ni tutup setiap hari Isnin 9pagi hingga 2petang. 

Sampai je kat kawasan cable car, kenalah beli tiket dulu kan? Boleh pilih nak beli return ticket atau one way ticket. Tapi kebanyakan info yang tuan tanah baca, kalau diorang pilih untuk turun dari tower tak guna cable car, kebarangkalian akan sesat tu tinggi sebab dia ada banyak exit. Tak pastila kan. Sebab tuan tanah beli return ticket siap siap. KRW8,500 return ticket per pax. 


Ni kawasan menunggu cable car. Asalnya tak tahu cara beraturnya sebab kurang orang dan kebanyakan orang orang tu duduk bersepah sepah. Mujur ada yang beritahu kat mana nak beratur. Pekerja sana mungkin. 


Sebenarnya nak tunjuk rupa dalam cable car tu. Tapi ni je mampu. Lupalah. Tapi agak besar. (of course besar dari cable car kat genting ke langkawi ke) Dan dia takde seats. Berdiri je. Tak lama mana pun. Mimi dia gayat sikit benda macam ni. So agak kelat sikit muka dia. Haha.


Tuan tanah pun gayat sebenarnya. Tapi ntah, rupa cable car ni nampak stable sangat. Luas. Dan kukuh. Ha gitu. Dapatla tengok pemandangan dari dalam cable car. 


Ok yang ni cabaran kedua untuk sampai ke tower ni. Lepas turun dari cable car kita kena naik tangga ni ye kawan kawan. Seperti tuan tanah cakap tadi, mujur tangga dia lebar dan tak tinggi. So memang relax relax je naik walaupun kadang semput. 


Kalau dah semput tu, berhenti la ambil gambar. Location wajib gitu kalau pergi sini. Harus ambil gambar kat sini. Padahal sebenarnya semput. Haha. Sebanyak 102 anak tangga dari turun cable car untuk naik ke sini. Tudiaa mimi kira tau. Tapi effort tu berbaloi. Happy sangat. Rasa macam satu pencapaian hebat untuk diri sendiri. 

Jemput enjoy sikit gambar dari koleksi tuan tanah kat sana. 







Nampak tak happynya kami berdua Mimi kat sana? Dia pun bawak mangga dari Malaysia tau. Bukan mangga yang comel comel tu tau. Mangga solex dia bawak. Nampak tak betapa utuhnya ikatan janji kasih sayang haha. Janji dia happy tu dah cukup dah untuk tuan tanah :)


And of course akan cari orang yang bawa dslr untuk tolong ambilkan gambar kami berdua. 


Bukan semua kunci mangga kat sini. Ada casing handphone, bekas casing handphone pun ada. Tapi paling epik kerta ni la. It's just me, for now. It's ok Supatra. We are in the same boat! 


Tuan tanah ada juga mangga tau. Mana boleh kalah. Hihi. Tapi memang kalah 8 tiang la dari mimi. Fyi, masa tuan tanah kat sana, arwah abah baru 40 hari meninggal dunia. Datin & abang tuan tanah kat rumah izinkan tuan tanah pergi juga  sebab  kebanyakan kos dah dibayar sebelum tu. Dan kedua tuan tanah rasa masa tu tuan tanah kena pergi juga untuk berehat. Tenangkan hati, tenangkan jiwa. Walau kemanapun tuan tanah pergi dan walau siapapun tuan tanah akan jadi selepas ni, arwah abah tetap dalam hati & ingatan tuan tanah.

Biarlah orang nak fikir yang tuan tanah tak patut pergi sebab abah baru je meninggal dunia. Sampai bila bila pun tuan tanah rasa macam baru semalam abah meninggal dunia. 




Ha part ni best, memang pen sharpie tu dibeli khas oleh tuan tanah dari Malaysia untuk dibawa ke sana untuk meninggalkan pesanan pesanan penaja. Ada juga tuan tanah baca orang tinggalkan pesan untuk Fahrin Ahmad untuk call dia kalau dapat baca mesej tu. Kalau Remy Ishak takpala gak kan? haha


Kat sini tuan tanah & mimi beli ticket untuk naik ke bahagian Observatory. Kira kita boleh tengok panorama seluruh kawasan Seoul seluas 360 darjah dari bahagian Observatory ni. Untuk naik ke sini ada admission fee KRW9,000 untuk setiap sorang. Kami ambil couple combo KRW20,000 dapat popcorn & 2 soft drinks sekali.  






Tuan tanah sempat beli 1 poskad kat sini. Dan semestinyalah tuan tanah poskan kepada orang yang paling tuan tanah sayang dalam dunia iaitu Datin Sariah. hihi. Memang suasana dalam ni romantik je rasa. Paling haru bila tuan tanah boleh nangis beriya sambil tulis postcard. Sampai mimi kabut tengok adik dia ni teriak kat situ. Bila fikir sekarang, kelakar pulak rasanya. Rindu kat mak wei padahal kalau tiap hari ada je nak ditekakkan. Memang macam tu la kan. Bila takde depan mata baru kita akan hargai. 

Btw, masa nak masuk bahagian observatory ni, akan ada pekerja suruh kita pose untuk ambil gambar tau. Kami ingat FOC la. Rupanya kena bayar uols. Takpala buat kenangan. 1 keping untuk KRW10,000 kalau tak silap. Tapi 2 for KRW15,000 kot. Ntah lupa dah. 




Dalam setengah jam kami kat atas, turun redeem popcorn dan duduk dikawasan berhampiran. Ada disediakan tempat duduk sambil tengok pemandangan. Sejuk jangan cakap la. Tapi sejuk lagi dikawasan luar tempat duduk ni. Ni first time tuan tanah makan popcorn perisa cheese. Macam makan Cheezels versi lemau. Haha. Dan combination minum dengan soft drinks yang sejuk memang style habis. Haha. Churros ni tuan tanah sempat beli kat sana. Saja la cuba makanan tempat orang kan. Tengok ramai orang beratur. Mesti sedap kan. Bolehla diterima. Cinnamon churros with chocolate dip. Kalau ada dark chocolate sure lagi mantap rasanya.

Adala sejam kami duduk situ dan confident level naik balik untuk redah kesejukan petang, kami pun turun guna cable car dan oreumi semula. Kan kat sini sebenarnya dah dekat dah dengan Namdaemun ke Myeondong ke. Tapi kami buat keputusan lepak Caffe Bene kat area situ. 


Seperti biasa, hot vanilla latte untuk tuan tanah dah tambahan Choco Patbingsu yang kami kongsi berdua. Harga? KRW9,000. Haha tutup mata dan bayar. Salahkan RunningMan sebab diorang makan ni waktu shooting. So nampak je terus kegedikan naik 2 level untuk cuba juga. Macam ABC kita. Cuma shaved ice dia tu perisa coklat. Dicampur dengan redbeans, chocolate cakes, ice cream & chocolate syrup. Yummehhh! Kat Malaysia takde. Too bad. 


Lepas tu kami turun ke underground kat Myeondong station untuk lintas jalan untuk ke kawasan Myeongdong yang happening gila tu. Hohemgi hohemgi. Seronoknya. Walaupun dah makin gelap, dan makin sejuk. Memang automatic boleh tahan demi nak jalan jalan kat kawasan ni. Paling best kan, asal lalu kedai cosmetics mesti dapat free sample. Takpun paling cikai sekali dapat cotton face tu. Ada la beli sikit sikit barang cosmetics. Nature Republic sikit, Tony Moly sikit & Laneige. Tu pun kawan ada kirim. Mujur ada kawan kirim. Kalau tak, tak masukla Laneige tu. Tapi terbeli juga lipstick kat situ. Lebih kurang harga lipstick MAC jugala. Tapi matte lipstick dia still rasa sedikit moisture lah. Tuan tanah memang prefer matte lipstick dari MAC.


Sebenarnya sebelum trip ni, kan tuan tanah jadi bestfriend dengan tripadvisor & couchsurfing kan. So kebetulan gadis Singapore ini datang ke Seoul seorang diri. Untuk mencabar diri sendiri katanya. Umur? 24 ye. Hebat? Dia baru je letak jawatan kat tempat dia kerja dan dia rasa dia perlukan a fresh start. Hebat sungguh orang orang macam ni. Jauh merantau. Seorang diri. Nak makan kat kedai sorang diri pun tuan tanah tak mampu. Hihi. 

Masa jumpa ni dia dah shopping, kami pun dah shopping. Jadi kami masuk kedai untuk makan sama sama sambil borak borak. Tukar pandangan pasal kerja. Pasal MH370 dan pasal boyfriend dia pun ada. Hihi. It was really nice to meet you Wynne! 

Lepas dah selfie selfie, hug hug each other kami decide nak balik. Sebelum balik tu sempatla berhenti kat stall ahjumma ni. Betul betul tepi Nature Republic belakang Uniqlo tu. Jual macam fishcake soup ala ala Lok Lok tu. Nak tanya ahjumma of course la dia tak tau reply, mujur ada orang yang sedang makan tahu guna english. Dia explain apa ingredients dan setelah kami yakin kami pun apa lagi, makanlah! Ahjumma siap bagi kami minum sup lagi sebab kami makan tteokbokki & fishcake tu sambil berlari setempat sebab sejuk. Sedap gilaaaaaaaaaaaaa. Hah nampak tak level sedap dia minum sup panas panas waktu angin sejuk yang agak kuat. 

Lepas kenyang makan, turun ke underground untuk naik train nampak satu kedai jual album kpop & merchandises kumpulan kpop. Sarung bantal la, cadar la, name tag la. Semua ada. Tak koser kakjemah nak pakai cadar Kang Gary even minat gila sama dia. Beli kat kedai ni tau kawan kawan. Sebab cheaper dari kedai satu lagi yang tuan tanah tengok kat Myeondong street. Cheaper by KRW3,000 tauuuu. Sempatla beli untuk diri sendiri dan kawan kawan yang dah kirim. Mudah je konsepnya. Bagi tau je tokey kedai "CN Blue latest album" terus dia yang carikan. Manala tuan tanah tau mana yang paling latest. Hihi. Tapi memang beli album kat sana ada dapat posters la, stickers la. Patutla ramai yang suka kirim benda ni. Hihi.

Settle beli album album ni, kami gerak pulang. Sampai je Hyehwa seperti biasa kami akan singgah McD sini untuk beli ice cream kerana Mimi sakit tekak yang agak melampau. Dan seperti biasa beli nasi segera kat convenient shop & mimi masak yay! Kalau dah owner kedai makan yang masak, masak apa pun sedap. Lefyewwwww kakmi



8 comments:

  1. tgk view di Namsan Tower terus tringat kenangan lama..mendaki naik tangga utk ke Namsan Tower tu 2 kali..nk tahu sbb ape..ahaha...gambar yg di ambil di Namsan Park dan Namsan Tower tu kawan JM terDELETE...aduhai ..sudahnya sehari sblm blk msia..kami panjat lagi tangga..semata2 nak ambil gambar sekali lagi gigih tak..time turun baru naik cable car..nk jimat katanya..sib baik tak semput

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha gigih sangat tau. Siap nak jimat lagi. Tapi takpa. pengalaman kan.

      Delete
  2. Penah jugak mendaki tangga naik Namsan tower ... mmg mcm nak mintak nyawa.. tapi view along the way mmg cun ... tak sesia mendaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau azra pun dah mintak nyawa. kalau naz yg cuba mau mintak apa pulak haha

      Delete
  3. salam..sis, nk tya pasal korang beli d mn ek winter coat plus size?nak cari design ala-ala kwn sis pakai tu tapi tak jumpa-jumpa lagi yg plus size.thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kawan sy pakai tu pun dia pinjam org lain punya. cuba tgk online?

      Delete
  4. Gigih kan aku godek balik entry ni. Haha postbox paling tinggi kat Seoul katanye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sgt level kegigihan ni mcm akan sampai dlm masa terdekat ni. Hahahahhahaha.

      Delete